Merancang Kehamilan Menurut Islam
Suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentu mahukan anak sebagai penyambung keturunan dalam keluarga.
Berbincang suami isteri
Merancang kehamilan atau kelahiran anak seharusnya dilaksanakan pada saat awal perkahwinan. Suami isteri wajar berbincang dan bersepakat tentang anak yang bakal dilahirkan. Merancang bilangan anak merupakan program yang agak penting dalam perjalanan hidup sebuah keluarga.
Bagi yang merancang untuk hamil selepas keguguran, pastikan merancang dengan teliti. Periksa tahap kesihatan isteri agar cukup kuat untuk mengandung lagi.
Rancang dengan teliti
Seorang arkitek yang mahu membina sebuah rumah, sudah tentu dia akan menggambarkan keseluruhan ideanya tentang rumah yang akan didirikan di atas sehelai kertas. Berapa jumlah biliknya, jenis bumbungnya, bagaimana warnanya dan bahan-bahan lain yang diperlukan. Dengan kata lain, untuk mendirikan sebuah rumah, haruslah ada perancangan dalam bentuk pola atau peta.
Walaupun melahirkan anak tidak sama dengan membuat rumah, jika dilihat dari sudut kepentingannya ia suatu tindakan yang bijak. Suami isteri yang bijaksana akan merencanakan dan memulakan dengan sesuatu niat pada setiap kelahiran anak. Jika membina rumah, seorang arkitek memerlukan desain untuk melukis tentang perancangannya. Masakan tidak untuk melahirkan anak atau membentuk keluarga, kita tidak mempunyai peta perancangan? Bukankah kelahiran anak lebih penting kerana ia lebih bernilai dan lebih mahal daripada nilai sebuah rumah?
Keinginan untuk dapat anak yang soleh
Lebih-lebih lagi jika kelahiran anak diniatkan dengan keinginan mahu melahirkan anak yang soleh, cerdas, pintar dan berkualiti, maka perancangan yang teliti sangat diperlukan. Anak lelaki atau anak perempuan, itu perkara kedua. Yang penting, dapat anak yang sihat dan bakal dididik sepenuh hati.
Artikel ini hanya mengajak kita sebagai manusia melakukan langkah-langkah yang dinamakan ikhtiar. Pada akhirnya, kita sebagai hamba harus akur dan tunduk pada ketentuan Allah s.w.t.
Artikel ini hanya mengajak kita sebagai manusia melakukan langkah-langkah yang dinamakan ikhtiar. Pada akhirnya, kita sebagai hamba harus akur dan tunduk pada ketentuan Allah s.w.t.
Timba ilmu
Merancang-merancang juga. Ilmu kena cukup di dada. Tidak boleh hentam keromo sahaja. Jika merancang untuk hamil secara semulajadi, tanpa apa-apa produk, boleh rujuk artikel tentang tips cepat hamil ini. Juga perlu tahu kira waktu subur wanita dengan kalkulator ovulasi.
Apa tujuan perkahwinan?
Tujuan perkahwinan dalam Islam ialah untuk mencapai ketenangan, ketenteraman dan kesejahteraan hidup berumahtangga. Selain itu, Islam menganjurkan agar berkahwin dengan wanita yang subur supaya boleh mengembangkan keturunan. Di samping itu, Islam tidak menghendaki keturunan yang lemah dan serba kekurangan dari segi jasmani atau rohani.
Rujukan Al-Quran
Salah satu faktor keluarga menjadi lemah adalah kerana wujud ketidakseimbangan antara kemampuan, keperluan, pendapatan dan pengeluaran. Dalam rangka membina keluarga bahagia dan harmoni, Allah s.w.t telah mengajar manusia tentang cara-cara berketurunan.
Seperti yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 33 yang bermaksud :
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu bagi orang-orang yang ingin menyempurnakan penyususannya…”.
Selain itu, dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15 yang bermaksud :
Selain itu, dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15 yang bermaksud :
“… mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan…”.
Melalui kedua-dua ayat Al-Quran di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mengembangkan keturunan seharusnya dilakukan dengan perancangan dari segi jarak kelahiran dengan kelahiran berikutnya.
Merancang bilangan ahli keluarga adalah salah satu ikhtiar atau usaha manusia untuk mengatur kehamilan dengan cara tidak melawan hukum agama.
No comments:
Post a Comment